Lirik Lagu Warkah Rahsia - Data

Lirik Lagu Warkah Rahsia - Data

Kenangan indah kasih bermula
Di waktu indah tercipta cinta
Berdua di alamnya asmara
Mekar kasih di jiwa

Ketika waktu senja menjelma
Kau kan aku sentiasa bersama
Kini hanyalah aku sahaja
Ditemani lamunan

Warkah rahsia terungkap jua
Tiap coretan penuh makna
Apa ertinya jika kau tiada
Pada masa dan ketika

Mengertilah ku pada maknanya
Yang selama jadi tanda tanya
Apakah erti jika kau tiada
Ke manakah menghilang

Pulang oh sayang engkau di mana
Pulang oh sayang oh pulanglah
Apa ertinya jika kau tiada
Warkah ku simpan selamanya

Warkah rahsia tersimpan jua
Apabila cintanya tiada
Inilah cinta kasih setia
Hingga dibawa ke syurga


0 comment... add one now