5 Tips Menulis Lirik Lagu Dengan Baik

Lirik Lagu yang baik yang disampaikan dengan melodi dan lagu yang berkualiti pasti akan dapat memikat hati pendengar dan pencinta - pencinta muzik tidak kira diperingkat tempatan ataupun peringkat international.

Untuk menghasilkan lirik lagu atau karya yang berkualiti seseorang pengkarya perlu mengetahui beberapa tips supaya penghasilan lirik lagu dapat menjadi rujukan kepada pengkarya - pengkarya lain yang ingin menghasilkan karya agung mereka.

5 Tips Menulis lirik lagu dengan baik adalah:
1. Pilih Tema Lagu
Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh penulis - penulis lirik lagu adalah dengan menetapkan tema lagu yang dinginkan. Ini bermaksud lagu tersebut mempunyai jalan cerita yang menarik untuk didendangkan. Boleh membuatkan peminat - peminat menghayati setiap bait - bait indah lirik lagu tersebut. Di sini anda dinasihatkan supaya berfikiran di luar kotak, banyak tema lirik lagu yang boleh dijadikan tema selain daripa tema percintaan.


2. Buat Jalan Cerita
Cuba anda sebagai penulis lirik merangka jalan cerita bagi sesebuah lirik lagu. Membuat lakaran dengan menetapkan Pendahuluan, Isi dan Penutup. Menjadikan ianya sebuah kisah yang menarik untuk diketahui daripada mula hingga tamat. Gunakan kertas kosong bersaiz A4, cari tempat yang tenang atau sesak atau dimana sahaja yang boleh membuatkan anda berfikir untuk menghasilkan lirik lagu. Bahagikan kertas A4 tersebut kepada 3 bahagian iaitu Pendahuluan, isi dan penutup tadi. Setiap bahagian anda isikan dahulu. Isikan apa yang terlintas pada masa itu. Setelah selesai bawa balik ke pejabat atau rumah dan kemudian halusi lagi idea - idea tersebut.

3. Membuat Tajuk.
Setelah selesai merangka kerja, carilah judul dan tajuk yang sesuai. Tahukan anda tajuk yang baik dapat memberikan aspirasi kepada keseluruhan lirik lagu. Fahami cerita dari lirik lagu dan kerangka tadi. Anda pasti dapat memikirkan tajuk yang sesuai dengan lirik lagu anda.

4. Tulis Lirik Lagu Anda
Setelah selesai 3 perkara di atas, anda boleh mula untuk menulis lirik, gunakan kata - kata atau perkataan yang sesuai dengan cerita anda, Di sinilah kretiviti anda diperlukan supaya dapat melontarkan idea - idea dan perkataan - perkataan yang menarik peminat - peminat anda. Gunakanlah teknik - teknik yang sesuai supaya anda dapat melahirkan lirik yang berkualiti dan bukan setakat melepaskan batuk di tangga seterusnya lirik lagu anda dapat dijadikan kajian ilmiah kerana memartabatkan bahasa ibunda.

5. Kemaskan Lirik Lagu
Tips terakhir, rapi dan kemaskan lirik anda, baca perlahan - perlahan supaya ianya menepati citarasa anda dan citarasa pendengar. lontarkan perkataan - perkataan itu sesuai dengan ritmanya. supaya ianya berkesan di sanubari.

0 comment... add one now