LIRIK LAGU GURAUAN BERKASIH - SITI NORDIANA DAN ACHIK SPIN

Buat peminat - peminat Siti Nordiana dan Achik Spin, lagu gurauan berkasih ini juga memberi atau mengembalikan kenangan lama pada sesiapa yang pernah melalui zaman ini. Dengarkan dan hayatilah lagu gurauan berkasih, Siti Nordiana Dan Achik Spin

Lirik Lagu Gurauan Berkasih - Siti Nordiana Dan Achik Spin
usik mengusik, semakin lama menjadi rindu
hati merindu, asyik merindu
tersentuh rasa, tidak terduga timbullah sayang
andai tak jumpa, menjadi dendam

gurau gurauan masih terasa dalam bayangan
setiap detik ingin bersama memadu kasih
apakah hati dah gila bayang
merindu kasih, darimu sayang

andai ketara rajuk dihati
jangan sampai merosak cinta
andai payah merawat rindu
hadirlah hadirlah sayang

rindu dendam bisa terubat
andai sudah bertentang mata
pasti kasih berpadu
terlerai rindu di hati

indah dirasa
waktu berkasih
kita saling merayu
merindu di angin lalu

ingin ku sentuh hatimu sayang dalam rinduku
moga kau tahu hebatnya cinta di hati ini
sekian lama, memendam cinta
payah ku rasa menyeksa jiwa

gelora cinta mengkhayal rasa dalam angan ku
setiap waktu hanya namamu mekar di kalbu
sayang menyayang ceria rasa
antara kita tersimpul kasih


0 comment... add one now