Lirik Lagu Kedah Pantang Kalah - Lagu bola sepak Kedah

Lirik lagu Kedah Pantang Kalah. Lagu Keramat Pasukan Bola Sepak Kedah. Ada yang memberi menyatakan lagu ini dengan lagu biar jasa jadi kenangan, ada yang menyatakan lagu ini lagu Kedah Pantang Kalah, ada juga menyatakan lagu ini lagu hijau kuning. Apapun lagu ini sememangnya lagu keramat Pasukan Bola Sepak Kedah.

Lirik Lagu Kedah Pantang Kalah
Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharung negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman


Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

Kedah, Kedah pantang kalah
Walu sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bajur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

Negeri Kedah negeriku


0 comment... add one now