Lirik Lagu Layar Impian - Ella

Lirik Lagu Layar Impian - Ella. Peminat - peminat Ella Ratu Rock Negara yang telah menonton Anugerah Juara Lagu ke 31 semalam semestinya amat terkesan dengan persembahan beliau yang mantap dan menarik. Ramai yang turut menyanyi bersama - sama. Apa kata kita hayati bait2 indah lagu ini.. Yeahhh...

Lirik Lagu Layar Impian - Ella
Jika mimpi masa silam
Bisa kusimpan dalam kaca
Jadi perhiasan
Pasti aku abadikan
Zaman riang kanak-kanak
Pabila hujan mengundang
Suasana bahagia
Dalam hidup yang seindah
Mimpi yang tidak pernah
Melukakan perasaan…

(Korus)
Tapi kini bila dewasa
Aku mula sedar betapa mimpi
Hanyalah suatu permainan
Jiwa insan dalam kesepian

Jika mimpi cinta kita
Bisa kuzahirkan
Jadi lukisan yang menarik
Pasti aku sentosakan
Malam pesta bila engkau
Lafazkan janji dan memelukku
Sepanjang tarian
Hingga pipi aku terasa
Basah dalam tangisan
Yang penuh kesyukuran…

( Ulang Korus )


0 comment... add one now