Lirik Lagu Ost Urusan Hati Cik Drama Queen

Lirik Lagu OST Urusan Hati Cik Drama Queen


Lirik Lagu OST Urusan Hati Cik Drama Queen. Urusan Hati Cik Drama Queen merupakan sebuah drama lakonan Scha Alyahya, Aiman Hakim Ridza, Randy Pangalila, Shalma Ainaa, Adriana Adnan, Ozlynn, Ungku Hariz.

Drama ini diadaptasikan daripada novel Urusan Hati Cik Drama Queen karya Areila Sahimi akan menemui penonton di Astro Ria. Drama ini mendapat sentuhan pengarah Michael Ang. Drama ini akan ditayangkan pada bulan Februari nanti di Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123. Drama ini adalah terbitan daripada Cube Film Sdn Bhd.

Watak - watak pelakon adalah seperti berikut, Scha Alyahya sebagai Syazlin , Aiman Hakim Ridza sebagai Fadhlan, Randy Pangalila sebagai Faris, Ozlynn sebagai Husna dan Ungku Hariz sebagai Yeop.

Sinopsis Urusan Hati Cik Drama Queen

Sedikit Sinopsis mengenai drama ini,Betul kata orang. Nak lupakan cinta lama, kita kena temui cinta yang baru. Perkenalan dengan jiran baru yang awalnya kelat-kelat masam, akhirnya melahirkan rasa cinta yang baru.

Lantaklah kalau lelaki itu anak Che Yam sekalipun. Nak buat macam mana? Hati Syazlin sudah tersuka pada Fadhlan. Kali ini dia nekad. Perasaan harus diluahkan. Di atas tiga helai kertas, dia karang ayat-ayat cinta untuk lelaki itu. Siap tabur bedak wangi lagi. Tapi rupa-rupanya Fadhlan sudah ada kekasih hati. Malunya dia apabila mengenangkan surat tiga helai yang boleh mengundang sesiapa pun untuk ‘termuntah hijau’ selepas membacanya.

Macam mana ni?! Kenapalah hidup dia terlalu banyak drama? Pantang bercinta… pasti putus cinta. Syazlin pun tak tahu sama ada putera idamannya itu sebenarnya wujud ataupun tidak. Mungkinkah putera idamannya itu ialah Faris yang sudah menjadi suami orang atau Fadhlan yang baru sekadar menjadi tunangan orang?

okay jangan lupa untuk mengikutu drama ini nanti.. dibawah disertakan lirik lagu ost Urusan Hati Cik Drama Queen

Lirik Lagu Ost Urusan Hati Cik Drama Queen
Lagu : Urusan Hati
Penyanyi : Sarah Fazny
Komposer : Ammar Habir
OST : Urusan Hati Cik Drama Queen

LIRIK LAGU URUSAN HATI - SARAH FAZNY

Engkau ku mahu
Tidak ketemu
Dimana dia kekasih ku

Cinta ku cari
Datang dan pergi
Sayang tiada yang setia

Puas sudah aku mencuba
Mengharap datangnya cinta
Yang membuat aku bahagia

Dia yang selalu aku puja
Rupanya hanya berpura-pura
Mencintai diriku

Walaupun berkali..hati disakiti
Namun aku tak mungkinkan berputus asa

Percayalah jaga itu
Ada pada urusan hati
Tuhan bawa dia kepadaku

Cinta ku cari
Datang dan pergi
Sayang tiada yang setia

Akan ku tunggu
Kekasih hati
Hadir mu terus mendakap ku

Disulam angan perih indah
Untuk nikmati erti bahagia
Ku yakin pasti nanti akan ku temui
Dia yang benar mencintaiku
Dan menyayangi aku sepenuh hati.. hati

Engkau ku mahu
Tidak ketemu
Dimana dia kekasih ku

Cinta ku cari
Datang dan pergi
Sayang tiada yang setia

Engkau ku mahu (Engkau ku mahu )
Tidak ketemu (Pasti ku temu)
Dimana dia kekasih ku

Cinta ku cari
Datang dan pergi
Hadir mu terus menggegam ku
Hadir mu terus mendakap ku
Hadir mu terus memeluk ku




0 comment... add one now