Lirik Lagu Tak Mungkin - Sarah Fazny (OST Drama Nahu Rindu)

Lirik Lagu Tak Mungkin - Sarah Fazny (OST Drama Nahu Rindu). Dengarkan lagu daripada Sarah Fazny yang berjudul Tak Mungkin. Lagu ini dijadikan sebagai lagu Tema dalam Drama Nahu Rindu yang ditayangkan di slot Zehra TV3

Lirik Lagu Tak Mungkin Sarah Fazny


Sedikit Mengenai Sinopsis Drama
Segalanya berubah apabila Kasyaf meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk ke perkahwinannya bersama Nazira. Ibu Kasyaf yang cacat penglihatan tidak tahu bahawa Kasyaf telah pun meninggal dunia. Suatu hari, Nazira bertembung dengan Fateh yang seiras Kasyaf. Dia mula jatuh hati tapi Fateh telah pun berumah tangga.Jangan lupa saksikan drama Nahu Rindu yang di slot Zehra bermula 16 Februari ini, setiap Rabu hingga Jumaat jam 9 malam di Saluran 103, TV3.


Lirik Lagu Tak Mungkin - Sarah Fazny (OST Drama Nahu Rindu)
Pabila engkau berpaling
Dan terus melangkah pergi
Tiada lagi bahagia

Sakitnya dalam terasa
Luka di hati bersisa
Ku pujuk hatiku sendiri

Engkau bentang kasih di jiwa
Yang pernah kau beri padaku

Sayang bunga cinta berkembang mekarnya semusim
Madu yang ku beri kau balas racun nan berbisa
Mengapa oh
Ku cuba cari jawapan
Nyatanya salah diriku
Hingga setia dipersia

Sakitnya dalam terasa
Luka di hati bersisa
Ku pujuk hatiku sendiri

Engkau bentang kasih di jiwa
Yang pernah kau beri padaku

Sayang bunga cinta berkembang mekarnya semusim
Madu yang ku beri kau balas racun nan berbisa
Biar aku telan segala walaupun derita
Tetap ku harungi meskipun hati akan tersiksa
Tak mungkin ku rayu dirimu

Oh... kejamnya dirimu oh...

Sayang bunga cinta berkembang mekarnya semusim
Madu yang ku beri kau balas racun nan berbisa
Biar aku telan segala walaupun derita
Tetap ku harungi meskipun hati akan tersiksa
Tak mungkin aku merayu


0 comment... add one now