Lirik Lagu OST Drama Dia Bidadariku (ASTRO)

Lirik Lagu OST Drama Dia Bidadariku (ASTRO)Drama Dia Bidadariku akan menggantikan drama Urusan Hati Cik Drama Queen di Astro Ria. Diarahkan oleh sutradara Aziz M .Osman. Menampilkan lakonan Erra Fazira, Hisyam Hamid, Norman Hakim, Raja Ilya dan ramai lagi. Akan mula disiarkan pada 6 Mac ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 10.00 malam di Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

Sinopsis Ringkas Drama Dia Bidadariku
Mengisahkan tentang Suri, lakonan Erra Fazira, andartu yang hatinya telah tertutup apabila putus tunang 15 tahun yang lepas. Tiba-tiba sekarang bekas tunangnya Ridzal lakonan Norman Hakim yang psiko telah dia datang kembali untuk merebut cintanya. Disamping itu muncul seorang jejaka bernama Ammar lakonan Hisyam Hamid yang ingin cuba untuk memenangi hati Suri. Dapatkah Ammar untuk mendapatkan cinta Suri yang telah lama dingin itu.

Lirik Lagu Tabah - Elizabeth Tan (OST Dia Bidadariku)
Tengah malam,
bulan terang,
Sepinya rasa seolah,
Hanya ku saja terjaga.

Sejarah kita,
setahun setengah
Seolah tak kisah, peduli semua,
S’perti hatiku tak terganggu.

Sekarang aku lebih tabah dari dulu,
Ku tak perlukan kamu,
Maaf jika aku telah mengelar,
jantungmu yang rapuh.

Kau tahu ku akan selalu,
Ada ruang di hati untukmu,
Tapi sehingga masa itu tiba,
Biarlah ku pergi.

Kerna kamu,
ku di sini,
Tanpa kamu takkan,
aku punyai hidup s’begini,
Kini tiba, babak kedua,
Ku rasa teruja ku bentangkan sayap
Lihat aku terbang pergi.

Sekarang aku lebih,
tabah dari dulu
Ku tak perlukan kamu,
Maaf jika aku telah,
mengelar jantungmu yang rapuh.

Kau tahu ku akan s’lalu,
Ada ruang di hati untukmu,
Tapi sehingga masa itu tiba,
Biarlah ku pergi.

Sejuta bintang,
berkelipan kerna aku,
Langitmu kini gelita,
tanpa cahaya dariku,
Aku yang kau puja.

Kau tahu ku akan selalu,
Ada ruang di hati untukmu,
Tapi sehingga masa itu tiba.

Sekarang aku lebih tabah dari dulu,
Ku tak perlukan kamu,
Maaf jika aku telah,
mengelar jantungmu yang rapuh.

Kau tahu ku akan selalu,
Ada ruang di hati untukmu,
Tapi sehingga masa itu tiba,
Biarlah ku pergi,
Tapi sehingga itu ku harapkan,

Terbaik bagimu.


0 comment... add one now