Lirik lagu Bertemu Semula - ReUNIC

Lirik lagu Bertemu Semula - ReUNIC. Khas buat peminat - peminat kumpulan Unic, kini mereka menemui peminat mereka dengan lagu baru berjudul Bertemu Semula dengan penampilan bekas anggota kumpulan mereka (asal ada Fakhrul, Najdi dan Bazli dan bekas anggota: Hafiz Hamidun, Fitri Haris dan Fadzli Aziz) dan menamakan diri mereka.


Lirik lagu bertemu semula disertakan seperti di bawah. Semoga anda semua gembira selalu.

Bertemu Semula
Suka dan duka
tangis dan tawa
itulah lumrahnya

Sukma didera
sepi menyapa
dan rindu menyiksa

Haruskah luka
dibiar saja
membarah di dada

Sembuhkan ia
dengan setulus benih
kemaafan

Cinta telah menzahirkan
sebuah pertemuan
Tuhan yang menguji
dengan perpisahan
kini ditakdirkan
bertemu semula

Usah persia
peluang yang ada
begitu sahaja

Ini detiknya
kasih dan sayang
ditaut semula

Kita tidak mungkin mampu mengulangi masa
hujan takkan balik ke langit semula
Jemputlah kenangan yang terindah saja

Cinta telah menzahirkan
sebuah pertemuan
Tuhan yang menguji
dengan perpisahan
kini ditakdirkan
bertemu semula

Kita tidak mungkin mampu mengulangi masa
hujan takkan balik ke langit semula
jemputlah kenangan yang terindah saja

Tonton video klip lagu bertemu semula 


0 comment... add one now