Lirik Lagu Kau Yang Satu (OST Kau Yang Satu) - Indah Ruhaila

Lirik Lagu Kau Yang Satu (OST Kau Yang Satu) - Indah Ruhaila. Buat peminat - peminat Indah Ruhaila dengarkanlah lagu Kau yang satu yang merupakan juga OST bagi Filem Kau Yang Satu. Sedikit sinopsis mengenai Filem ini:-


 

Sinopsis Kau Yang Satu Mengisahkan pergolakan cinta tiga segi. Bot milik seorang lelaki bernama Datuk Mustaza telah karam selepas dipukul ombak ketika dia keluar memancing, namun nasibnya baik apabila dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza yang berasa dirinya terhutang budi mahu menjodohkan anak lelakinya Taufik dengan anak Sulaiman yang bernama Salina. Bagaimanapun kedua-dua Taufik dan Salina tidak bersetuju kerana mereka sudah mempunyai teman istimewa. Tetapi akhirnya, mereka terpaksa akur dengan bapa mereka.

Dibarisi oleh pelakon - pelakon yang hebat seperti Aaron Aziz, Izara Aishah, Hisyam Hamid, Soo Wincci, Amyra Rosli, Wan Hanafi Su, Zaidi Omar.

Trailer Kau yang Satu

Lirik Lagu Kau Yang Satu - Indah Ruhaila (OST Kau Yang Satu)
dulu kau bukan yang bersinar di mataku
memandang wajahmu sekilas pun ku tak mahu
kerna ku yakin bukan engkau yang ku perlu
tapi itu dulu

kini hanya kau yang bertakhta dalam jiwa
sesaat hilangmu bagai gugurnya jantungku
baru tersedar memang cinta yang ku perlu
maafkan diriku

berikan sedikit cintamu
hembuskan nafas rindumu
buat diriku yang kini terlalu rindu

pasti ku jaga selamanya tak akan ada lain
untuk mengisi hatiku
hanya kau yang satu

baru tersedar kasih sebenar
hanya ada padamu

aku yang buta
tak mengenal cinta
ang kau beri padaku

berikan sedikit cintamu
hembuskan nafas rindumu
buat diriku yang kini terlalu rindu

pasti ku jaga selamanya tak akan ada lain
untuk mengisi hatiku
hanya kau yang satu

maafkanlah aku
bukalah hatimu untukku

dulu kau bukan yang bersinar di mataku
memandang wajahmu sekilas pun ku tak mahu
kerna ku yakin bukan engkau yang ku perlu
tapi itu dulu


Tonton video klip lagu kau yang satu - Indah Ruhaila


0 comment... add one now